DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 27 struktur kediaman warga asing dalam operasi bersepadu di Bandar Baru Sentul pada Khamis.
Menerusi operasi sama, sebanyak tiga kedai runcit, sebuah surau serta satu struktur perniagaan besi buruk yang telah dikosongkan turut dirobohkan.
Teruskan MembacaDBKL memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Operasi bermula jam 9.30 pagi turut disertai beberapa agensi sahabat seperti Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat dari semua agensi terlibat dan tindakan sama akan diteruskan di lokasi lain dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, tanah tersebut berstatus hak milik Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan notis pengosongan terakhir dikeluarkan pada 30 Mei lalu.
Baca juga: