LEBIH 48 orang penjawat awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas dedikasi dan tanggungjawab sepanjang berkhidmat pada Khamis di Bangi Resort Hotel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa turut meluangkan masa memenuhi undangan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi Tahun 2023/2024 tersebut.
Teruskan Membaca“Saya merakamkan sekalung penghargaan dan ribuan tahniah kepada 48 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seoarang penjawat awam.
“Selain memberi anugerah, majlis ini turut diadakan sempena meraikan dan menghargai segala jasa serta sumbangan tiga orang warga kerja yang akan bersara daripada perkhidmatan pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha turut menzahirkan harapan agar majlis ini dijadikan inspirasi kepada warga Jabatan Wilayah Persekutuan serta agensi.
Ia boleh dijadikan pendorong buat mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi membina masa depan yang lebih baik untuk negara.
Baca juga: