SEBANYAK 300 pek Iftar Rahmah Madani dan 300 pek makanan sumbangan jenama makanan, Nestle telah diagihkan oleh Jawi Food Bank (JFB) kepada orang awam di jalanan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Dalam pada itu, JFB juga mengadakan program Singgah Sahur bertempat di Singgah Teduh Nur Qaseh, Chow Kit, Kuala Lumpur selain sumbangan pek makanan berkenaan.
Teruskan MembacaProgram tersebut kemudiannya disusuli dengan acara Iftar Jamaie yang menyajikan Juadah Iftar Rahmah Madani, diikuti dengan solat fardhu dan tarawih berjemaah.
Acara tersebut turut diserikan dengan sesi tazkirah oleh Guru Takmir Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Najid Deraman.
Turut hadir pada acara tersebut, Pegawai Takmir Negeri Wilayah Persekutuan merangkap Pegawai Penyelaras JFB, Shahril Mohamad dan Ketua Hal Ehwal Halal Nestle Malaysia, Nasrul Hadi Mohamad.
Program tersebut merupakan hasil jalinan kerjasama JFB dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab, di samping Nestle memberi sumbangan dari pemberian segi pek makanan yang diagihkan. — KL Viral
Baca juga: