PELAKSANAAN tol percuma akan diberikan kepada pengguna jalan raya pada 8 dan 9 Februari depan sempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
Pendekatan pemberian tol percuma tersebut adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Teruskan MembacaSehubungan dengan itu, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada pukul 12.01 tengah malam, 8 Februari (Khamis) dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 9 Februari (Jumaat) dimana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
Baca juga: Bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam, RM1,000 pesara dibayar pada 23 Februari depan – PM
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, “Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
“Tol percuma oleh Kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini,” katanya.
Pelaksanaan tersebut diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya.
Baca juga: Rehat sekejap di 5 destinasi eko pelancongan menarik, no.5 lokasi paling popular
“Dinasihatkan agar pengguna jalan raya mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan yang disyorkan.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eDompet (eWallet) adalah mencukupi di sepanjang perjalanan,” katanya lagi.
Selain itu, pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di Lebuh Raya yang dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X, @LLMtrafik secara berkala.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan. — KL Viral