MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr.Zaliha Mustafa melancarkan program pelekat korporat MySchoolBus@Wilayah bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan penduduk yang terlibat yang kebanyakannya adalah bertaraf miskin bandar di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya pada Rabu.
Menurutnya Zaliha, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut sama berkolbrasi merealisasikan program ini dengan menyumbangkan sejumlah RM 4.8 juta daripada wang kutipan zakat untuk disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menampung kos seramai 4,000 pelajar dari golongan asnaf ke sekolah.
Teruskan Membaca“Program ini menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada semua pelajar yang tinggal di 64 kawasan Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 127 kawasan Perumahan Kos Rendah (KR) serta sembilan Kawasan Perumahan Swasta Kos Rendah Terpilih (KSR) yang memberi manfaat kepada hampir 12,000 orang pelajar setiap tahun.
“Dengan bantuan MySchoolBus @ Wilayah ini, kerajaan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan pengajian dan pembelajaran mereka di sekolah.
“Program ini juga merangkumi pelajar dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekolah – sekolah pendidikan khas seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Pendaftaran program ini dibuka kepada semua pelajar pada setiap tahun melibatkan golongan sasar B40 dan M40(M1) termasuklah Kategori Asnaf dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 6,000 sebulan,” katanya dalam menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Sementara itu, beliau turut berharap inisiatif yang telah dijalankan ini akan dapat membantu meringankan beban golongan sasar dan DBKL akan terus komited untuk mengenal pasti keperluan bagi membantu warga kota dalam mendepani isu kebajikan komuniti di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan DBKL program ini asalnya dikenali sebagai Program Bantuan Bas Sekolah Percuma kemudiannya dijenamakan semula pada 2021 dan kini dikenali sebagai MySchoolBus @ Wilayah.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur. — KL Viral
Baca juga: