Terkini

JWP sambut baik pengumuman kenaikan gaji penjawat awam

JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) menyambut baik usaha kerajaan yang mengumumkan kenaikan gaji melebihi 13 peratus buat penjawat awam seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata ia merupakan salah satu usaha pihak Kerajaan untuk menghargai dan mengiktiraf peranan penjawat awam sebagai penggerak utama kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

“Pengumuman kenaikan tersebut juga merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara dan bakal dilaksanakan bermula Disember ini.

“Sudah tentu ia akan memberi sinar baharu buat semua penjawat awam dan diharapkan agar pengumuman ini dapat mencorak langkah ke arah kecemerlangan pekerja, khususnya penjawat awam di Wilayah Persekutuan, sekali gus merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha turut berkata Kerajaan MADANI juga sentiasa cakna akan keperluan dan kebajikan penjawat awam, dan akan memastikan pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji serta elaun tetap akan melebihi RM 2,000 sebulan.

Tambahnya, pendapatan tersebut juga akan tertakluk dibawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu yang akan bermula tahun ini. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top