Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan pelbagai barangan asas pada harga murah diadakan di lima cawangan Pasaraya Segi Fresh pada Sabtu ini.
Pasar raya itu memaklumkan program dari 8 pagi hingga 8.30 malam berlangsung di cawangan Teluk Panglima Garang (Kuala Langat), Sungai Udang (Klang) dan Bandar Tasik Puteri (Rawang).
Teruskan MembacaJualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut diadakan di cawangan Kuala Kubu Bharu (Hulu Selangor) serta Setia Mayuri (Kajang).
“Jualan ini meringankan beban komuniti setempat terutama golongan berpendapatan rendah selain memberi akses kepada produk berkualiti dan barangan basah yang segar,” kata Segi Fresh di Facebook.
Sepanjang program, antara barangan asas dijual pada harga murah ialah ayam (RM6.49/kg), daging (RM10/pek), minyak masak (RM25/5 kg), telur (RM10/sepapan), ikan siakap (RM7/seekor) dan tepung gandum (RM2/pek).
Sejak diperkenal tahun lalu, Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta bagi melaksanakan JER di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.
Baca juga: