Mangsa pesawat terhempas di Jalan Pusaka, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor disahkan meninggal dunia apabila badan pesawat terbabit terbenam sebanyak 45 peratus ke dalam tanah.
Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pesawat jenis BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC dinaiki oelh dua lelaki warga tempatan daripada Air Adventure Flying Club.
Teruskan MembacaJelasnya, pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh juruterbang Air Adventure Fyling Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang bari penerbangan rekreasi.
Baja juga: Jom sertai Program Teh Hijau Kuala Lumpur 17 Februari depan
Baca juga: ‘Pergi stesen minyak pun dapat perhatian’, peminat teruja dapat jumpa Siti Nurhaliza depan mata
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati pesawat telah menjunam ke dalam ladang kelapa sawit hingga mengayebabkan 45 peratus badan pesawat terbenam di dalam tanah.
“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi IbU Pejabat Polis Klang Utama di talian 03-3290 2222 atau Pegawai Penyiasat ASP Mohammad di 012-936 2198 untuk membantu siasatan.
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang rakaman dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. — KL Viral