PROGRAM Malam Cinta Rasul bakal diadakan pada 15 September ini sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 di Dataran Putra, Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu sebagai usaha mengimarahkan program penghayatan dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Teruskan Membaca“Program akan bermula dengan solat Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah. Kemudian akan disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul,” katanya
Jelasnya, program itu akan membawakan empat pentausiyah iaitu Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Dr Anhar Opir; Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman; Timbalan Mufti Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba serta pendakwah terkenal, Habib Ali Zainal Abidin.
Mohd Na’im berharap penganjuran program berkenaan dapat menyematkan kecintaan umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Orang ramai dijemput hadir ke program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya bagi memeriahkan serta mengimarahkan majlis tersebut,” katanya.
Baca juga: