MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menyeru golongan menengah bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus beralih daripada kerjaya makan gaji.
Jelasnya, penglibatan lebih ramai golongan bumiputera yang merupakan kumpulan terbesar di negara ini dalam perniagaan akan membantu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.
Teruskan MembacaBagaimanapun menurutnya, usaha berkenaan memerlukan anjakan bersama, melalui peranan kerajaan dan agensi-agensi dalam menyediakan ekosistem bagi mengimbangi risiko-risiko tersebut dengan potensi yang boleh diteroka.
“Saya bercita-cita untuk mengubah model kejayaan masyarakat, bermula dengan kelas menengah bumiputera supaya bakat-bakat masa depan negara tahu bahawa mencipta nilai melalui syarikat sendiri adalah sama besar sumbangan dan kejayaannya dengan menjadi CEO yang makan gaji di syarikat besar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Mengulas mengenai perkara itu, Rafizi memaklumkan tiga agensi di bawah Kementeriannya iberi amanah untuk menjaga ekosistem iaitu Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).
Yayasan Peneraju jelasnya untuk membina bank bakat profesional bumiputera dan Teraju menggalas cabaran menghasilkan syarikat kecil dan sederhana yang boleh bersaing untuk diskalakan.
“Bagi Ekuinas pula akan bertanggungjawab untuk melonjakkan syarikat separa besar bumiputera yang berpotensi disenaraikan di pasaran saham.
“Agensi ini diselaraskan untuk membina satu laluan yang sistematik bagi membolehkan negara menskalakan penyertaan dan pembangunan syarikat bumiputera berpotensi tinggi,” jelasnya lagi.
Rafizi sementara itu turut memaklumkan bahawa tiga agensi berkenaan akan mengumumkan program khusus yang dibuka kepada bakat niagawan Bumiputera pada 20 Mei nanti.
Baca juga: