Terkini

MAIWP sumbang RM60,000 buat 300 asnaf di Wangsa Maju

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan sebanyak RM60,000 wang zakat bagi program Nur Ramadan kepada 300 orang golongan asnaf di Wangsa Maju pada Jumaat.

Dalam pada itu, MAIWP juga telah menyampaikan sumbangan wang zakat bagi secara keseluruhan bagi program Nur Ramadan di Kuala Lumpur berjumlah RM660,000.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

Dr Zaliha berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan telah meluluskan sumbangan berjumlah RM 4,000.00 bagi mengimarahkan Masjid Usamah bin Zaid sepanjang bulan Ramadan.

“Selain itu, saya juga turut menyampaikan hasil jualan amal berjumlah RM 5,600 sempena Kempen Bazar Amal Ramadan di Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya dan Bazar Ramadan Wangsa Maju bagi pihak Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 kepada Maahad Tahfiz al-Quran Zaid bin Harithah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Beliau turut berharap agar sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban penerima-penerima khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top