Penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik, menunjukkan komitmen kerajaan membela nasib pesawah.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari yang menyambut baik keputusan kerajaan dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha meningkatkan pendapatan pesawah.
Teruskan Membaca“Penyelarasan ini, yang merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas kenaikan daripada RM1,200 ke RM1,300 pada 2023, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pesawah selepas hampir sedekad harga lantai belian padi tidak berubah.
“Dengan kenaikan ini, pesawah bukan sahaja memperoleh pendapatan yang lebih baik, malah ia memberikan jaminan ekonomi yang lebih stabil kepada golongan yang bergantung kepada industri padi sebagai sumber utama kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman kerajaan berhubung harga lantai belian pada yang akan berkuatkuasa 16 Februari ini
Langkah ini diambil selepas sekumpulan pesawah dari seluruh negara mengadakan perhimpunan di hadapan ibu Putrajaya pada Januari lalu, bagi menuntut kenaikan harga lantai kepada RM1,800.
Pesawah turut membantah Rang Undang-Undang (RUU£Kualiti Benih Tanaman yang didakwa tidak melalui rundingan bersama petani.
Dalam masa sama Kerajaan turut memgumumkan mengambil langkah untuk mengekalkan harga beras putih tempatan pada kadar RM2.60 per kilogram.
Ia bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan harga padi. Selain itu, sebanyak 24 juta kampit beras putih 10 kilogram akan diedarkan di pasaran dengan harga kawalan RM26, sebagai sebahagian daripada inisiatif mengekalkan kestabilan bekalan dan harga beras.
Keputusan penyelarasan harga ini juga disertai dengan peruntukan RM150 juta kepada pengilang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, bagi membantu mereka menyesuaikan kos pengeluaran dengan harga lantai baharu tanpa memberi kesan kepada harga beras di pasaran.