JABATAN Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara serta mempercepat reformasi struktur ekonomi dalam satu Majlis Aspirasi 2024 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif kedua adalah meningkatkan lantai dengan menambah baik kualiti hidup rakyat serta memperjuangkan keadilan sosial sekali gus dapat mewujudkan pekerjaan yang meningkatkan taraf sosio ekonomi.
Teruskan Membaca“Secara asasnya tumpuan Wilayah untuk melonjakkan ekonomi, reformasi dan struktur semula ekonomi serta menempatkan semula Wilayah khususnya sebagai hab serantau sekaligus menyokong kepada kemampanan model ekonomi negara.
“Misi utama saya untuk untuk menjadikan ketiga tiga Wilayah sebagai CHASE, CLEAN CITY (bandar bersih), HEALTHY CITY (bandar sihat), ADVANCED CITY (bandar maju), SAFE CITY (bandar selamat) dan ECO FRIENDLY CITY (bandar mesra alam),” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan Program Usaha Jaya insan (PUJI) dengan enam komponen utama merangkumi program pendayaupayaan ketua isi rumah yang produktif dalam meningkatkan lantai pendapatan.
Difahamkan, antara komponen meliputi Upaya@PUJI, Ihsan@PUJI , Lindung@PUJI, Ilmu@PUJI, Sihat@PUJI dan Infra@PUJI yang meliputi latihan kemahiran, pelindungan, perumahan,pendidikan dan akses kesihatan dan kemudahan infrastruktur asas. — KL Viral
Baca juga: