Terkini

Geng food hunter boleh cuba menu ‘meletop’ di 5 restoran popular di KL

KUALA Lumpur memang sudah dikenali dengan penapakan pelbagai jenis restoran yang menyajikan pelbagai juadah makanan, tidak kira dari dalam atau luar negara.

Kota raya yang penuh dengan kesibukan orang-orannya, di samping bangunan pencakar langit, tetap tidak menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan dan tarikan.

Jadi, apa kata KL Viral kongsi lima buah restoran yang boleh diterokai oleh para food hunter di sekitar Kuala Lumpur.

1. Nasi Lemak Wanjo, Kampung Baru

Restoran ini menyediakan nasi lemak kukus yang beraroma ditambah dengan gandingan sambal yang pedas dan manis.

Pengunjung di restoran ini juga boleh menambah lauk tambahan seperti ayam, sotong dan bermacam-macam lagi untuk menaikkan lagi selera mereka ketika menikmati nasi lemak ini.

Walaupun nasi lemak signifikan dalam negara untuk dimakan sebagai sarapan pagi, para peminat nasi lemak yang gemar menikmati nasi lemak tidak kira waktu boleh berkunjung ke restoran ini yang beroperasi setiap hari bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

2. Nasi Kandar LC, Kampung Baru

Nasi kandar merupakan makanan yang sinonim di Pulau Pinang, namun penggemar sajian itu tidak semestinya perlu ke sana semata-mata untuk menikmati nasi kandar kerana di Kuala Lumpur turut menyajikan nasi kandar yang sama sedap seperti di Pulau Pinang.

Nasi kandar LC menyediakan menu nasi kandar Penang yang lazat dan asli di samping tambahan lauk-pauk yang cukup sedap dan berempah.

Para penggemar nasi kandar boleh berkunjung ke Nasi Kandar LC pada bila-bila masa kerana restoran tersebut buka selama 24 jam sepanjang tahun.

3. Restoran Dapur Sarawak, Jalan Sarikei

Seperti namanya, restoran ini menyajikan pelbagai makanan dari negeri Bumi Kenyalang yang autentik.

Penggemar makanan dari seberang ini tidak perlu bersusah payah untuk menempah tiket penerbangan untuk menikmati hidangan ini kerana ia turut ada di Kuala Lumpur.

Antara makanan yang popular disajikan di restoran ini termasuk mi kolok, laksa Sarawak, nasi aruk dabai, mi jawa dan pelbagai sajian dari Sarawak yang lain.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

4. Restoran Gerak 23, Kampung Baru

Restoran Gerak 23 ini menyediakan pelbagai pilihan sajian makanan ala kampung yang cukup menyelerakan buat peminat nasi campur.

Antara masakan yang popular di restoran itu ialah masak lemak cili padi, asam pedas, gulai kawah dan macam-macam lagi.

Gerai ini dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 7 petang.

5. KL HR Steak House, Kampung Baru

Restoran bertemakan koboi ini menyajikan makanan barat yang lazat di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Buat penggemar makanan barat, mereka boleh menikmati aneka jenis makanan barat seperti stik, burger, chicken chop dan pelbagai lagi makanan barat di sini.

KL HR Steak House ini dibuka setiap hari pada pukul 5 petang hingga 2 pagi. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top