PERANCANGAN untuk bercuti perlu dirancang terlebih awal sebelum membuatkan anda runsing memikirkan tempat yang sesuai untuk didiami buat sementara waktu semasa bercuti walaupun di dalam negara sahaja.
Dalam masa yang sama, sudah semestinya anda ingin memilih tempat penginapan bercuti yang selesa dan mewah buat keluarga mahupun rakan-rakan anda. Jangan risau, KL VIRAL menyenaraikan 5 hotel bajet selesa dan menarik buat anda yang ingin bercuti di sekitar Kuala Lumpur:
Teruskan Membaca1. Hotel 1000 Miles
Hotel ini terkenal dengan pengunjung dari luar negara. Lokasi berdekatan dengan perkhimatan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek memudahkan lagi pergerakan pengunjung yang menginap disitu. Maklumlah, kotaraya kita sememangnya sesak.
Harga: bermula dari RM 80/satu malam
Alamat: 17 & 19 Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, 50000 Kuala Lumpur
2. Hotel Transit KL
Hotel Transit KL memang murah tetapi mempunyai gaya yang premium dan kepada sesiapa yang menginap disini sememangnya akan mendapat tidur yang lena.
Harga: bermula dari RM 90/satu malam
Alamat: 42, Jln Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
3. Hotel Seasons Point
Lokasinya yang berada di tengah bandar dengan suasana sibuk iaitu berdekatan Petaling Street, jadi ia tidak berapa sesuai untuk yang sudah berkeluarga malah sesuai untuk percutian bersama rakan atau secara solo.
Harga: bermula dari RM 70/satu malam
Alamat: No. 11, 13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
4. Hotel Cross Roads
Menariknya hotel ini, ianya murah, selesa dan berkonsep moden. Saiznya juga lebih besar berbanding hotel bajet yang lain. Tambahan pula, bagi kawasan atas bilik hotel dapat melihat pemandangan terus ke Menara Berkembar Petronas.
Harga: bermula dari RM 90/satu malam
Alamat: 1, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
5. Hotel Pacific Express
Keistimewaan hotel ini adalah mempunyai kolam renang yang terletak di kawasan bumbung bangunan. Penghuni yang menginap di situ boleh menikmat percutian sambil beriadah dan melihat pemandangan cantik Menara Kuala Lumpur.
Harga: bermula dari RM 100/satu malam
Alamat: Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Walaupun sedang bercuti, anda perlu menjadi pengguna yang sentiasa berjimat-cermat. — KL VIRAL
Baca juga: