KEGAGALAN mengawal perasaan mampu menyebabkan seseorang itu berubah sikap sehingga mengakibatkan perubahan personaliti ke atas seseorang.
Hal itu secara tidak langsung mampu mendorong kepada masalah gangguan mental sehingga berlakunya tekanan perasaan atau stres dan kemudian, mendorong kepada depresi.
Teruskan MembacaHati yang tidak bersih boleh mendorong kita melakukan perkara yang tidak diingini seperti menilai keburukkan orang lain dan mudah sentap dengan perkara-perkara yang kecil.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun TikTok miliknya, individu dengan personaliti panas baran disebabkan sikap atau sifat yang sentiasa mengalah sehingga meninggalkan trauma dalam diri mereka.
Perkara itu menjadi satu kenangan pahit sehingga membuatkan jiwa mereka memberontak apabila berlakunya penindasan dalam sesuatu perkara.
“Seseorang yang mempunyai trauma tersebut apabila terkenang semula perkara itu, membuatkan dia menjadi marah balik.
“Kadang-kadang dia marah itu kerana tidak mempunyai skill kawalan emosi (coping skills) yang baik dan tidak tahu kaedah-kaedah menguruskan perasaan marah itu,” ujarnya.
Berikut merupakan kaedah-kaedah yang dikongsikan oleh beliau bagi menangani perasaan marah dan depresi yang boleh membersihkan rohani:
1. Solat Taubat
Melaksanakan solat taubat merupakan perkara yang dituntut bagi membersihkan rohani dengan meminta keampunan daripada Allah SWT sekali gus memberikan ketenangan jiwa bagi siapa yang mengerjakannya.
2. Amalkan istighfar
Mengamalkan istighfar adalah salah satu jalan terbaik ketika sedang marah. Ini kerana dengan beristighfar, ianya boleh menyejukkan hati, dapat menyelesaikan masalah dalam kesusahan dan mendapat pahala.
3. Memaafkan orang
Perkara ini memang sukar untuk dilakukan tetapi, jika kita dapat memaafkan orang lain, kita juga dapat memaafkan diri sendiri. Perbuatan memaafkan orang ini dapat membersihkan jiwa daripada hasad dengki sesama manusia.
4. Selawat ke atas Nabi, membaca Al-Quran
Apabila dilanda dalam keadaan kekeliruan, berselawat ke atas Nabi dan terus membaca Al-Quran supaya kita tidak terlampau mengikut emosi. Malah, difahamkan, Allah SWT juga akan memberikan ganjaran luar biasa sekiranya seseorang itu menjadikan selawat sebagai amalan selain dapat membaki akhlak kita.
5. Bersedekah
Amalan bersedekah mempunyai banyak kebaikannya dan amat digalakkan dalam Islam. Agama Islam sendiri menasihatkan agar umatnya tidak lokek dalam berkongsi harta dan tidak perlu berasa bimbang sekiranya harta berkurang.
Aktiviti itu bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, tetapi turut menimbulakan keinsafan dalam diri selain dihormati dalam kalangan masyarakat. Bagaimanapun, paling utama perbuatan menderma itu dipandang mulia dan sebaiknya lakukan dengan ikhlas agar mendapat reda Ilahi.
Kesemua di atas merupakan keadah yang boleh merawat jiwa selain membantu untuk mengawal emosi marah dan depresi. — KL VIRAL
Baca juga: