Terkini

Nak uji kemahiran kawalan Drone anda? Datang beramai-ramai ke Drone Legends sabtu ini

AVIA Skytech dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengadakan program cabaran kawalan dron iaitu Drone Legends yang bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 (Sabtu).

Pihak penganjur membawakan program yang cukup menarik untuk mempertandingkan dron paling epik dan peserta boleh menunjukkan bakat yang terpendam dengan kemahiran kawalan dron mereka.

Lebih menariknya, pilot drone yang sudahpun mahir turut akan turun padang untuk mengajar anak-anak muda cara-cara ‘mengemudi’ dron dengan lebih profesional.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut selain, meningkatkan kemahiran pengawalan dron dalam peringkat yang lebih tinggi.

Bagi menyertai program tersebut, boleh terus hadir ke booth Axia Skytech dan untuk sebarang soalan boleh hubungi Mr Aaron 016-4412804.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top