Terkini

Bergaya macam ‘model Vogue’, jom intai 6 lokasi OOTD menarik di KL

JIKA anda seseorang yang gemar ber OOTD, anda pasti inginkan lokasi-lokasi ‘instagram-able’ yang cantik dan menarik.

Walaupun Kuala Lumpur adalah negeri kegiatan ekonomi dan pembangunan, namun tahukah anda, ada banyak tempat yang menarik sebagai ‘hot spot’ OOTD?

Berikut adalah antara tempat yang terbaik untuk bergambar sekitar Kuala Lumpur:

1.Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad  adalah bangunan abad kesembilan belas yang terletak di sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka  dan Royal Selangor Club di Kuala Lumpur, Malaysia.

Bangunan kolonial lama ini  ada banyak spot OOTD cantik untuk gambar anda. Yang penting, bawa kawan yang genius tangkap gambar.

2. River of Life

River of Life KL adalah sebuah projek transformasi sungai di pusat Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai tarikan utama dan ciri estetik yang memikat pengunjung. 

Kawasan ini juga dihiasi dengan seni jalanan yang menghiasi dinding bangunan bersejarah, menceritakan kehidupan masyarakat Kuala Lumpur pada masa lalu dan kini.

Tidak hanya itu, setiap malam, anda berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan air mancur dan lampu yang memukau di titik pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Kalau tangkap gambar pemandangan waktu malam, memang cantik.

3. Muzium Matawang Bank Negara

Muzium ini ada koleksi awal mata wang dari Kesultanan Melayu, wang cengkerang sampailah replika jongkong dalam bentuk binatang dan serangga.

Pada yang suka bergambar, muzium ini juga ada beberapa spot power untuk anda OOTD.

Antara yang popular termasuklah tunnel duit dan juga tangga spiralnya yang sudah lama viral.

4. Taman KLCC

Kalau bercuti ke KL tapi tak ambil gambar dengan KLCC memang rugi.

Cari kawasan simpang untuk ber OOTD kat Kuala Lumpur dengan latarbelakang KLCC dan neon ibukota.

5. Saloma Bridge

Tarikan di KL ini menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC.

Waktu terbaik untuk bergambar tentunya malam sebab lampunya warna-warni.

6. BookXcess

BookXcess menjadikan kedai buku mereka sebagai satu lokasi yang sangat cantik untuk penggemar buku dan juga instagrammers.

Rak buku dibina dengan ketinggian dari lantai hingga ke siling membuatkan lokasi ini sangat cantik.

Dengan lambakan buku di kedai ini dan susunan yang sangat kemas dan cantik, tak hairan la ramai yang tertarik dengan kedai ni. 

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top