KUALA Lumpur (KL) dipenuhi dengan pelbagai tempat yang menarik tetapi bukan itu sahaja. Dalam keadaan yang sesak dikerumuni para pelancong dari luar dan dalam negara, mesti kita memerlukan sedikit ruang untuk lebih bertenang.
Berikut KL Viral menyenaraikan tempat ‘healing’ yang terdapat di KL:
Teruskan Membaca1. AQUARIA KLCC
Keberadaan Aquaria KLCC dikelilingi dengan akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya memberikan otak yang kusut menjadi lebih tenang.
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre Complex, Jalan Pinang, 50088 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10 pagi – 8 malam (setiap hari)
Harga: RM52 (dewasa), RM42 (kanak-kanak)
2. VIEWPOINT BUKIT ANTARABANGSA
Tempat riadah dan berkelah yang semakin popular ini memberikan anda pemandangan panoramik Bandaraya Kuala Lumpur dari Bukit Antarabangsa, Ampang.
Alamat: Taman Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000, Ampang Jaya
Waktu beroperasi: Dibuka 24 jam
3. Perdana Botanical Park
Pernah dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, Perdana Botanical Garden masih menjadi tempat healing di KL dan Selangor yang dikunjungi ramai. Walaupun berada di tengah-tengah kesibukan bandar raya Kuala Lumpur, pemandangan pokok-pokok, tasik, serta udara yang segar membuatkan anda berasa nyaman.
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: Dibuka selama 24 jam
4. KL Forest Eco Park
Struktur yang menjadi tumpuan ramai adalah jambatan tergantung yang boleh dilalui. Dari sini, anda bukan sahaja boleh melihat hutan tropika sekeliling tapi juga bangunan-bangunan tinggi di bandar Kuala Lumpur.
Alamat: Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 8 pagi – 4:30 petang (setiap hari)
Harga: RM10 (dewasa), RM 1 (kanak – kanak & warga emas)
5. Awana Skyway
Awana Skyway membolehkan anda melihat keindahan sekitar Genting yang cukup memukau dengan menaiki kereta gondola (cable car). Selain itu, anda juga dapat menikmati udara yang menyegarkan melalui tingkap khas pada gondola ini. Belum sampai ke puncak lagi, dah dapat merasakan aura kesegaran Genting Highland.
Alamat: Level 2, Awana SkyWay building, Genting Highlands
Waktu beroperasi: 7 pagi – 12 pagi (setiap hari – mengikut cuaca)
Harga: RM8 gondola biasa, RM50 gondola kaca — KL VIRAL
Baca juga: