LOKASI Pusat Beli Belah Tun Razak Exchange (TRX) menjadi tumpuan utama pelancang dari luar dan dalam negara.
Orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat beli belah yang menempatkan kira-kira 500 kedai serta beberapa lagi tarikan menarik untuk dikunjungi.
Teruskan MembacaTun Razak Exchange (TRX) telah dibuka dengan kadar sewaan 95 peratus dan ini membuktikan reputasi dan kepercayaan peniaga dengan potensi untuk menarik lebih lagi pengunjung.
Selain pusat beli-belah, mereka yang hadir boleh menghabiskan masa dengan tarikan yang ada seperti kawasan riadah dan variasi pilihan restoran dari pelbagai negara antaranya Jepun dan Thailand.
Pengalaman menjamu selera di kawasan taman yang dihiasi dengan pandangna lanskap pastinya sahaja akan memberikan suasana berbeza kepada pengunjung terutama yang tinggal di bandar raya.
Pengunjung turut berpeluang beriadah di taman rekreasi, TRC City Park yang memiliki berkeluasan 4.05 hektar di atas bumbung bangunan.
Taman ini mempunyai kehijauan melata, kawasan permainan kanak-kanak, air pancut dan beberapa kemudahan seperti kerusi termasuk ruang rehat yang membolehkan pengunjung menikmati ketenangan.
Untuk info, The Exchange TRC, secara rasminya telah dibuka kepada pengunjung selepas perasmiannya pada 29 November 2023. — KL VIRAL
Baca juga: