KONSERT Muzik Rakan Muda, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 24 Februari depan di Kuala Lumpur Performance Arts Centre (KLPAC), Sentul pukul 8 malam.
Konsert ini merupakan kemuncak program Kem Muzik Rakan Muda yang berlangsung selama enam hari iaitu 19 hingga 24 Februari nanti.
Teruskan MembacaMenerusi sesi uji bakat yang diadakan pada 27 dan 28 Januari lalu, seramai 63 orang peserta yang telah terpilih untuk menyertai kem berkenaan.
Mereka yang terpilih terdiri daripada pemain alat muzik biola, selo, seruling, obo dan bermacam jenis alat muzik lagi termasuk beberapa peserta yang menyertai sebagai vokalis.
Sesi uji bakat kem tersebut turut diterajui oleh kumpulan orkestra tanah air, Orkestra Kuala Lumpur yang membantu dalam sesi uji bakat kem tersebut. — KL Viral
Baca juga: