DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sangat komited dalam memastikan keselesaan peniaga dan pengunjung dengan menaik taraf gerai mereka melalui inisiatif Lestari Niaga di di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa medan selera itu mempunyai 38 lot kedai dan pihak DBKL telah ‘upgrade’ gerai tersebut.
Teruskan Membaca“Saya dimaklumkan sekitar 500-600 orang pengunjung akan datang makan di medan selera ini sehari. Makanan pun ada banyak pilihan.
“Waktu saya jumpa dengan peniaga tadi, ada juga beberapa aduan dan cadangan yang saya minta pegawai saya catatkan dan kita akan ambil tindakan segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Ujar beliau, jika terdapat sebarang permasalahan yang belum selesai, beliau akan meminta pihak DBKL untuk membuat tindakan segera.
“Manfaatnya untuk semua pihak. Insya-Allah,” katanya.
Baca juga: