PUTRAJAYA: Hari Belia Negara 2025 gegar dengan semangat anak muda!
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum peruntukan RM4 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk terus memperkasa suara belia tanah air.
Teruskan Membaca“Suara anak muda MESTI didengar, dihormati & diangkat!” tegas Anwar di hadapan ribuan belia malam tadii sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Throwback Sekejap, Apa Itu Hari Belia Negara?
Hari Belia Negara mula disambut secara rasmi sejak tahun 1964, hasil cetusan idea bagi menghargai peranan anak muda dalam pembangunan negara.
15 Mei dipilih sebagai tarikh keramat Hari Belia Negara setiap tahun.
🎯 Sambutan ini bertujuan:
- Mengiktiraf sumbangan belia
- Meningkatkan kesedaran sivik & kepimpinan
- Menyemai semangat patriotik dan semangat kerja berpasukan.
Sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, anak muda dah diberi tempat, tapi kini, kata Anwar, belia bukan sekadar pelapis, tapi PENENTU masa depan!
Kata Anwar: ✅ “Kekuatan negara bergantung kepada idealisme, potensi dan daya juang anak muda”
✅ “Jangan pandang rendah suara mereka – itu suara masa depan negara!”
Jadi… Suara belia mesti diberi ruang
Pandangan mereka perlu dihargai
- Libatkan mereka dalam penggubalan dasar dan pembangunan negara
- Kalau nak Malaysia terus gemilang, buka jalan untuk anak muda!