DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan pindah halangan terhadap tujuh peniaga yang membuat halangan di tempat awam di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada tengah malam Sabtu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, tindakan tersebut merupakan hasil operasi tindakan khas yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju.
Teruskan Membaca“Hasil dari pemantauan dan rondaan yang dijalankan, sebanyak tujuh peniga dikenakan tindakan pindah halangan tersebut.
“Tindakan tersebut dilakukan dibawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan barangan perniagaan di tempat awam,” menurut kenyataan tersebut.
Antara barangan yang disita oleh DBKL dalam operasi tersebut termasuk stall, kanopi, meja lipat dan bangku.
Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
Dalam pada itu, DBKL turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini akan dilakukan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
Baca juga: