TULAR di media sosial berkenaan satu video memaparkan seorang lelaki membuli seorang pemandu wanita akibat tidak berpuas hati dengan insiden yang berlaku di jalan raya, pada Jumaat.
Video berdurasi 18 saat yang dirakam oleh pemandu wanita berkenaan mengungkapkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati setelah disalahkan memotong dengan cara tidak betul.
Teruskan Membaca“Dia yang memotong tak betul, lepastu tak puas hati dia kejar sampai tempat parkir kereta” jelas wanita berkenaan.
Video terbabit turut menunjukkan lelaki berkenaan bertindak meludah ke arah kereta wanita tersebut.
Namun, tidak kesampaian apabila ludahannya terkena kepada bahunya sendiri sebelum bertindak untuk memukul cermin kereta wanita berkenaan.
Mengujar komen di laman X oleh masyarakat tempatan, rata-rata masyarakat berpendapat lelaki tersebut mempunyai masalah mental.
“Nak jadi samseng konon. Ludah sendiri pun tak boleh nak kawal. Hahaha Malu la siot dah besar pun meludah tak reti,” ujar @Don35Kirk.
“Meludah org pun belum pandai, ada hati nk acah gangster” kata @ElonMuskMelayu
“Rasanya mulut dia sumbing, ludah tapi menjejeh kena dagu sendiri. Ni salah satu simptom-simptom Kanser Air liur,” @hcsoon.
Baca juga: