KAFE kucing kini menjadi tarikan dan memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang hadir kerana dapat menjamu selera sambil bermain mesra dengan kucing-kucing yang comel.
Tidak perlu pergi jauh, KL VIRAL akan senaraikan kafe kucing yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Pencinta kucing wajid kunjungi kafe-kafe kucing seperti berikut:
Teruskan Membaca1. KAFE POPPY KAT

Kafe ini menjadi popular dikalangan kafe kucing yang ada kerana tular di media sosial kerana terdapat beberapa kucing mengenakan ‘baju’ yang sangat comel! Kafe ini menyajikan kopi, croffles dan kecomelan kucing buat pengunjung yang datang. Menariknya, tiada bayaran masuk dikenakan hanya bayar makanan yang anda pesan sahaja.
Lokasi: 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin- Khamis (11 pagi sehingga 10 malam), Jumaat – Ahad (11 pagi sehingga 12 tengahmalam)
2. KAFE MONSTER. A GARDEN

Kepada siapa yang sukakan ketenangan dan suasana selesa redup dengan tumbuh-tumbuhan, boleh pergi ke Kafe Monster. A Garden. Selain daripada bertenang di tengah bandaraya sibuk Kuala Lumpur, anda boleh juga melepaskan stress bermain dengan ‘si bulus’. Kafe ini juga merupakan kafe penjagaan kucing serta menyediakan sajian roti bakar, burger dan lain-lain lagi.
Lokasi: No. 54, 1st Floor, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Jumaat (10 pagi sehingga 7 petang), Sabtu – Ahad (11 pagi sehingga 6.30 petang)
3. ROCKY’S CAT CLUB

Kafe ini sangat luas, mempunyai dua tingkat di mana anda boleh menjamu selera di tingkat bawah manakala untuk bermain dengan si bulus berada di tingkat atas. Dengan suasana bertenaga dan berwarna-warni, Rocky’s Cat Club ialah kafe kucing yang menjanjikan pengalaman meriah dan menggembirakan.
Lokasi: No. G-11, Dagang Cahaya, 5, Jalan Dagang, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu: Setiap hari (10 pagi sehingga 7 petang)
4. COO & RIKU PUCHI MARRY CAT CAFE

Coo & Riku pada asasnya dikenali sebagai kedai haiwan peliharaan terbesar di Jepun. Walau bagaimanapun, pada Januari 2022, mereka dibuka di Lalaport Bukit Bintang, dengan penambahan salah satu kafe kucing yang paling estetik di Kuala Lumpur. Menariknya, kafe ini juga menyediakan ruang untuk membaca buku sambil minum dan bermain dengan kucing.
Lokasi: Lot L4-05 & 06, Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: Setiap hari ( 10 pagi sehingga 10 malam)
5. PURRADISE CAT CAFE

Purradise Cat Café bertanggungjawab dari segi sosial, menggunakan keuntungan kafe untuk membiayai usaha pemeliharaan dan penempatan semula kucing. Kafe ini menyelamatkan kucing jalanan dan menjadikan kafe itu sebagai rumah baharu mereka.

Anda juga boleh adopt kucing di sana tetapi tidak semua kucing kerana sesetengah mereka telah mengenal pasti kafe itu sebagai ‘rumah’ mereka, dan telah membentuk ikatan rapat dengan rakan-rakan berbulu sesama mereka.
Lokasi: 24A (First Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu: Isnin – Jumaat ( 2 petang sehingga 9 malam ), Sabtu (2 petang sehingga 10 malam ), Ahad ( 11 pagi sehingga 7 petang)
Seronok dapat meluangkan masa dengan kucing yang aktif bermain dan comel. Masa yang terluang juga dapat hilangkan stress sejurus melihat gelagat si bulus yang membuatkan pengunjung jatuh cinta melihat mereka.
Pencinta kucing boleh serbu kafe-kafe kucing yang disenaraikan seperti di atas! — KL VIRAL
Baca juga: