PENGGEMAR fesyen tentu sahaja tidak sabar untuk mengetahui ‘pergerakan roda’ nuansa rona dan busana yang bakal menjadi kegilaan pada tahun 2024.
Apa yang ingin dipakai? Apa yang akan menjadi trend? Semua itu sentiasa berlegar di minda terutama buat mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam dunia fesyen.
Teruskan MembacaLagi menarik perhatian apabila kalendar tahun 2023 sudah hampir melabuhkan tirai, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk tampil dengan imej dan pesona baharu.
Justeru, berikut antara lima perkara menarik yang akan dijangka popular dan menjadi pilihan penggemar fesyen menjelang 2024.
Peach fuzz
Tidak dinafikan, jenama fesyen gergasi dunia antara golongan yang memonopoli ideologi dan konsep rekaan yang akan diketengahkan dalam pasaran.
Label seperti Balenciaga, Ralph Lauren, Bonttega Veneta dan Versace antara yang mengemudi lapangan fesyen sehingga ada sebahagian daripada rekaan mereka menjadi ikutan jenama lain.
Oleh itu, kumpulan ini berpendapat warna peach fuzz bakal menjadi tarikan dan fokus utama bagi 2024. Perkara itu disahkan oleh Pantone yang merupakan institut penyelidik warna, mengatakan rona tersebut bakal memiliki pengikutnya tersendiri.
Ini akan menjadi pilihan warna yang sesuai untuk digayakan tidak kira sama ada pada sarungan busana pada badan, atau oles gincu bibir.
Kebangkitan Coquette
Menginspirasikan rekaan era Victoria yang popular sekitar 1837, keunikan rekaan itu dijangka bakal menjadi tarikan dan pilihan masa kini sekali gus mencetuskan fenomena baharu terhadap rekaan masa kini.
Coquette merupakan penggunaan motif reben pada pakaian seperti di tudung, baju dan stokin.
Material pakaian seperti sifon, sutera dan gaya ropol atau siluet turut dijangka menjadi trend pada tahun hadapan selain dilihat sesuai dijadikan pakaian harian.
Inspirasi boho chic
Memiliki gaya yang santai, corak dan stail boho chic akan kembali dan ‘hidup’ dalan aliran fesyen 2024. Menampil pesona dan penampilan yang sederhana, namun tetap menyerlahkan sisi angun sang pemakai.
Elemen baru boho chic pada tidak ada hanya pada busana, tetapi turut boleh digayakan dengan penampilan kimono, gaun labuh dan pendek serta sandal ala gladiator di samping beg berbentuk hobo serta rantai gaya lariat.
Oversized fit kekal relevan
Seperti tahun-tahun sebelum ini, trend pakaian oversize masih lagi mendapat tempat di hati peminat fesyen termasuk pada tahun hadapan.
Trend pemakaian yang dahulunya terkenal sekitar 1980-an ini masih lagi relevan untuk digayakan atas faktor keselesaan untuk digayakan.
Minimalis kontemporari
Gaya bersahaja dan kontemporari juga akan menjadi trend pada tahun hadapan. Biarpun penampilan begitu sering dilihat sebelum ini, namun tidak dinafikan, penampilan santai akan kelihatan lebih menawan.
Tidak memerlukan terlalu banyak perhiasan yang ‘serabut’, gaya ini bakal menjanjikan sesuatu yang berbeza berbanding kebiasaan. — KL Viral
Baca juga: