MELAKA: Apa yang berlaku di Sungai Baharu hari ini benar-benar mengejutkan!
Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) turun padang dengan misi gempur dan hasilnya?
Teruskan MembacaSebanyak 737 kg ikan bandaraya berjaya ditangkap oleh sembilan orang anggota dalam satu hari!
Tapi itu bukan perkara paling mengejutkan…
Biasanya, tangkapan SPIA capai 1 hingga 2 tan, dengan saiz ikan 800g – 1.5kg seekor.
Tapi kali ni, ikan yang ditangkap bersaiz kecil-kecil je, purata hanya 100g – 125g seekor.
Untuk capai 1kg, mereka perlu tangkap 8 – 10 ekor ikan!
Bayangkan 737kg x 8 ekor = lebih 5,800 ekor ikan dalam satu kawasan sungai sahaja! Ini bermakna, populasi di Sungai Baharu 7-8x lebih padat berbanding sungai-sungai lain.
Apa maknanya? Ikan bandaraya kecil ni memang belum besar… tapi bila membesar nanti?
Ekosistem sungai boleh lumpuh!
Spesies tempatan bakal pupus kalau dibiarkan!
Kalau dibiarkan, beribu-ribu ekor ikan ni akan jadi ‘raksasa air’ yang hisap bersih habitat sungai kita.
Untuk itu, SPIA menyeru semua pihak dari komuniti setempat hingga ke jabatan berkaitan untuk ambil tindakan segera.
Sungai kita tengah tenat, dan ini bukan isu kecil!
Jalankan operasi pembersihan berkala, sebarkan kesedaran tentang bahaya ikan bandaraya, jangan lepaskan ikan asing ke sungai sesuka hati!