DALAM dunia penerbangan global yang sentiasa berkembang, senarai syarikat penerbangan terbaik sering kali menjadi penanda aras bagi mutu perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.
Tahun 2024 menyaksikan pelbagai syarikat penerbangan dari seluruh dunia bersaing untuk merebut tempat dalam senarai teratas, dengan reputasi perkhidmatan, keselamatan dan inovasi sebagai kriteria utama.
Teruskan MembacaNamun, tidak ketinggalan, Malaysia Airlines dan AirAsia turut tersenarai, masing-masing menduduki tangga ke-30 dan ke-39.
Ia membuktikan bahawa syarikat penerbangan Malaysia masih mampu bersaing di pentas antarabangsa meskipun berdepan dengan cabaran industri yang mencabar.
Berikut merupakan lima syarikat penerbangan yang berjaya menduduki carta terbaik di dunia pada tahun ini.
5. Cathay Pacific Airways

Cathay Pacific Limited adalah syarikat penerbangan antarabangsa dan serantau untuk Hong Kong, Republik Rakyat China, dengan ibu pejabat dan hab utama terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
Syarikat subsidiari milik penuh Cathay Dragon terbang ke 44 destinasi di rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong.
4. ANA All Nippon Airways

All Nippon Airways (ANA) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Pusat Bandar Shiodome di kawasan Shiodome di Minato, Tokyo, Jepun.
Ia mengendalikan perkhidmatan ke destinasi domestik dan antarabangsa dan mempunyai lebih daripada 20,000 pekerja setakat Mac 2016.
Hab antarabangsa utama ANA terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di luar Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka.
Hab domestik utamanya pula terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair (berdekatan Nagoya), dan Lapangan Terbang Chitose Baru (berdekatan Sapporo).
3. Emirates

Emirates Airline merupakan syarikat penerbangan yang berpengkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ia menyediakan perkhidmatan penumpang berjadual, dengan hampir 550 penerbangan setiap minggu, memberi perkhidmatan 87 bandar raya dalam 59 negara-negara di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Afrika, India dan Asia-Pasifik.
Pengkalan utamanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
2. Singapore Airlines

Singapore Airlines (SIA) ialah syarikat penerbangan nasional Republik Singapura dengan habnya terletak di Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Syarikat penerbangan itu terkenal kerana menonjolkan Singapore Girl sebagai tokoh utamanya dalam segmen penjenamaan korporat.
Ia telah disenaraikan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Skytrax sebanyak empat kali.
1. Qatar Airways

Qatar Airways adalah syarikat penerbangan nasional negara Qatar.
Berpangkalan di Qatar Airways Tower yang terletak di Doha, syarikat penerbangan beroperasi dari rangkaian hab, menghubungkan lebih 150 destinasi antarabangsa.
Ia merangkumi Afrika, Asia Tengah, Eropah, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Barat, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, menggunakan lebih daripada 200 buah pesawat. — KL Viral
Baca juga: