Terkini

Selamba ‘membuang’ tepi jalan, netizen berang lelaki pengotor tak tahu malu

TINDAKAN seorang lelaki yang bertindak membuang air di tepi jalan mengundang rasa kurang senang sehingga menyebabkan penggguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan individu terbabit.

Kejadian itu tular apabila video memperlihatkan lelaki terbabit berbuat demikian di muat naik ke media sosial, X.

Berdasarkan video terbabit, jelas kelihatan perlakuan tersebut dilakukan di hadapan kediaman peribadi seseorang dan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih sedang menunggu individu berkenaan selesai membuang air.

Sepanjang seminit 33 saat video tersebut dirakam, perakam video berkenaan beberapa kali mengatakan kemungkinan pelaku berkenaan mempunyai masalah mental hingga bertindak sedemikian.

“Mungkin orang ini ada sedikit tidak siuman,” kata perakam video tersebut.

Setelah selesai membuang air, lelaki tersebut terus mengenakan semula seluarnya tanpa mencuci terlebih dahulu nak menaiki kereta yang menunggunya itu.

Perbuatan tersebut menimbulkan rasa hairan warganet, menyatakan bagaimana lelaki tersebut boleh selamba membuat perkara demikian di kawasan awam lebih-lebih lagi di depan khalayak.

“Kalau tak tahan sangat, membuanglah dalam longkang,” kata Kakek Sugiono.

“Selalu binatang je yang berak tepi jalan ni,” kata Encik Shah.

“Ini kalau kucing lalu sebelah pun mesti dia jem tengok. Rosak ke orang ni?” kata Salemthecat.

Selain daripada berang dengan perbuatan lelaki tersebut, ramai warganet juga mengatakan kemungkinan lelaki itu mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya fikir mungkin orang ni ada kad OKU,” kata Ozy Namizo.

“Tengok muka biasa pegang kad OKU ni,” kata Luqman Al Hakim.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang bertamadun perlu mempunyai common sense, gunakanlah tandas yang tersedia untuk membuat urusan yang sepatutnya dan bukan dengan selamba membuang air di merata tempat hingga boleh menjejaskan kebersihan kawasan setempat. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top