Terkini

‘Pengotor atau pemalas’, longgokan sampah bawah pokok di KLCC jejas imej negara

BARU-BARU ini seluruh dunia menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Begitu juga dengan Malaysia yang tidak ketinggilan meraikan sambutan tersebut terutama bagi masyarakat Tionghua.

Disebabkan itu juga, ramai warga kota yang tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan menikmati cuti panjang sekitar empat hari.

Bagaimanapun, tular video memaparkan keadaan di sekitar bangunan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, dipenuhi dengan sampah-sarap di bawah pokok sehingga kelihatan seperti susunan hadiah di bawah pokok Krismas.

Video yang dimuat naik oleh Mohamad Azwan di akaun TikTok memaparkan keadaan persekitaran yang kotor dan menyakitkan mata itu.

“Banyak sangat warga asing, sampai banyak sampah kat sini. Malulah Malaysia,” kata perakam video tersebut.

Rata-rata komen daripada warganet turut menyuarakan sokongan mereka terhadap perakam video tersebut menyatakan mereka merasakan lambakan warga asing di ibu kota adalah salah satu punca kebersihan di kawasan tersebut tidak terjaga.

“Dari dulu KLCC macam itu. Sebab itu aku tak suka lepak KLCC, sudah boleh tukar nama ‘Little Dhaka'”, komen Pesanan Hamka.

“Masalahnya tiada pegawai yang pantau ke?” tanya Fairuz Hisham.

“Kerajaan Malaysia tolonglah buat sesuatu,” kata Leolady Rao.

“Ini pengotor ke pemalas! Sudahlah datang tempat orang buat kotor pula,” kata Mass12.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu prihatin mengenai kebersihan kawasan sekitar agar tidak merosakkan imej dan nama baik negara. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top