Oleh: Haikal Tajuddin
SIAPA sahaja yang tidak gembira apabila dipanggil nama naik ke pentas semata-mata untuk mengambil segulung ijazah setelah beberapa tahun berusaha berhempas pulas?
Teruskan MembacaSejajar dengan generasi kini, ramai para graduan tidak henti meluahkan rasa gembira sehingga membuat pelbagai bentuk isyarat (signal) sewaktu mengambil skrol penghargaan tersebut.
Namun begitu, terdapat segelintir pihak mengakui, tindakan itu sebagai satu perkara yang salah kerana tidak menghormati protokol ketika berhadapan dengan kumpulan VVIP.
“Hormati istiadat konvokesyen, jangan lakukan gaya begini (signal) di atas pentas,” komen amighul deghaman dalam aplikasi X.
Sejajar dengan kenyataan tersebut, terdapat beberapa warganet mendakwa perkara itu sama sekali tidak salah, malah menjadikan ia sebagai isyarat kejayaan mereka.
“Sekarang ini nak tanya, konvo ini nak meraikan pelajar graduan setelah penat lelah belajar ke atau nak meraikan VVIP yang penuh dengan segala macam protokol,” balas tedka.
“Hari gembira mereka. Kalau aku pun, diberi rezeki untuk dapat segulung ijazah pun memang aku teruja gila. Kita ini terlampau protokol yang sudah lapuk. Belum lagi diorang tengok kat luar, siap ‘backflip’ lagi atas itu,” komen edyjoe84. – KL Viral
Baca lagi: