Oleh: Haikal Tajuddin
TIDAK lari dengan pelbagai kontroversi, sekali lagi, Adeline Chang didakwa telah dihantar ke Makhamah.
Teruskan MembacaDipercayai, pempengaruh itu didakwa atas kesalahan memuat naik hantaran yang tidak senonoh kepada seorang kanak-kanak pada 23 Jun lalu.
Hal ini berlaku akibat daripada aduan yang dibuat oleh individu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung hantaran tidak senonoh tersebut.
Namun begitu, kehadirannya ke Mahkamah pada ketika itu telah dirakam lalu disiarkan ke dalam aplikasi TikTok dan mendapat kecaman hebat dalam kalangan warganet.
Mereka mengakui, kehadiran Adeline Chang bersama kakaknya, Alice Chang seakan-akan seperti seorang artis yang popular.
“Pergi mahkamah pun kena nampak ‘slay’! siap kibaskan rambut lagi,” komen Amighul Deghaman menerusi aplikasi X.
“Betul-betul menggunakan peluang. Keluarga dia ini boleh pergi jauh,” balas Under_Maintain.
“Berhenti orang seperti ini menjadi terkenal,” kata Ezzat.
Sebagai info, pempengaruh, Adeline Chang, sangat terkenal dengan pelbagai bentuk kontroversi seperti mencium doh roti dan juga isu berkaitan kereta Grab yang diakui tidak mahu dibayar walaupun sudah menaiki kenderaan tersebut. — KL Viral
Baca juga: