BARU – baru ini tular di laman media sosial mengenai seorang pelakon dan penyanyi Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau dikenali sebagai Bella Astillah sudah memaafkan bekas suaminya , Alif Aziz.
Susulan isu Bella menunda hari perbicaraan cerainya yang dikhabarkan patut berlangsung pada 4 Jun , hari ini.
Teruskan Membaca“Assalamualaikum , izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini dibeberapa media.
“Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini. Jawab salah ,tak jawab lagi lah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya.
“Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya taknak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk stop buat tanggapan sendiri.
“Dengar baca headline sahaja terus mengecam bella.Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf dan saya hormat kerja rakan media,” ujar Bella menerusi satu kenyataan di Instagram story nya.
Sebelum ini, Bella mengejutkan ramai pihak apabila beliau memfailkan cerai pada 13 Mac lalu terhadap suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi, Alif Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Kes tuntutan perceraian mereka yang ditunda dijadualkan semula pada 13 Jun depan.
Sekadar info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean yang berusia 6 tahun, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Baca juga :