Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu ucapan penuh emosi buat anaknya, Hawra Uqaira sempena ulang tahun kelahiran yang kedua.
Dalam perkongsian tersebut, Kamal meluahkan rasa sayang dan rindu yang tidak berbelah bahagi walaupun tidak dapat berada bersama anaknya pada hari istimewa itu kerana tuntutan kerja mencari rezeki.
Teruskan Membaca
Dia turut memohon maaf kerana sambutan kali ini tidak seperti tahun sebelumnya, namun tetap mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang yang sihat, bijak dan solehah.
Paling menyentuh hati, Kamal turut menitipkan penghargaan kepada bekas isterinya atas pengorbanan melahirkan dan menjaga anak mereka.
“Terima kasih ibu lahirkan dan jaga Hawra. Allah je dapat balas,” antara kata-kata yang dikongsikan Kamal yang turut mengundang sebak dalam kalangan peminat.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan positif dan doa buat Hawra, selain memuji sikap Kamal yang tetap menunjukkan kasih sayang sebagai seorang bapa walaupun tidak lagi bersama bekas pasangan.
Walaupun hubungan rumah tangga sudah berubah, jelas kasih terhadap anak tetap menjadi keutamaan.
















