Personaliti media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman kini kembali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya bersama suami tercinta, Emran Rijal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Tyra dilihat berkongsi beberapa momen manis bersama bayi perempuan mereka yang comel. Apa yang lebih mencuri perhatian netizen apabila pasangan ini turut mendedahkan nama anak kedua mereka iaitu Elaira Emran.
Teruskan MembacaRuangan komen perkongsian tersebut terus dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut tumpang gembira dengan kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka. Ramai juga memuji nama pilihan pasangan ini yang dianggap unik dan sedap didengar.
Selain itu, ramai netizen mengatakan wajah bayi kecil itu sangat comel dan tidak sabar untuk melihat lebih banyak perkongsian daripada Tyra selepas ini.
Untuk rekod, Tyra dan Emran sebelum ini sering menjadi perhatian ramai di media sosial menerusi perkongsian kehidupan harian mereka sebagai pasangan suami isteri dan ibu bapa.
Tahniah buat Tyra dan Emran atas kelahiran puteri kedua mereka!
















