PELAKON terkenal negara, Nora Danish menafikan dakwaan bahawa bekas suaminya, Nedim Nazri, tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengenakan tudung.
Nora menjelaskan bahawa bekas suaminya itu sebenarnya tidak kisah dan dia membuat keputusan untuk bertudung sebaik sahaja selepas mereka bercerai.
Teruskan Membaca“Sebenarnya, Nedim tidak kisah apa pun yang saya inginkan sama ada mahu bertudung ataupun tidak.
“Saya pernah berjumpa dengannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada ketika itu saya sudah bertudung. Dia hanya melihat dan berkata, ‘oh cantik’,” kata Nora.
Nora juga meluahkan rasa syukur kerana penghijrahannya diterima baik serta mendapat respon positif daripada rakan-rakan artis dan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
“Saya tanya dia (Rayqal), ‘okey tak mommy pakai tudung ni?’ Dia kata okey.
“Alhamdulillah, rakan-rakan industri juga semua memberikan respon sangat positif kepada saya. Ada yang mesej, menangis dan ada juga yang sudah lama ingin melihat saya berhijrah,” tambahnya.
Nora Danish juga menekankan bahawa keputusan bertudung adalah keputusan peribadi yang dibuat berdasarkan keyakinan dan keinginannya sendiri dan dia berterima kasih atas sokongan yang diterima dari orang sekeliling. — KL Viral
Baca juga: