KONTROVERSI yang berbangkit melibatkan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dan bekas rakan penyampai radio, Tyzo Xander, menjadi bualan hangat dikalangan netizen.
Cemuhan yang berunsur fitnah terhadap DJ Lin berikutan penamatan kontrak Tyzo pada minggu lalu, memberi satu tamparan hebat baginya.
Teruskan MembacaBagaimanapun, DJ Lin mengharapkan netizen berhenti memberikan cemuhan dan lebih bertimbang rasa serta tidak melibatkan hal peribadi sehingga menyentuh dua cahaya matanya dalam masalah kerja.
“Saya menerima kecaman dan cacian selama 7 hari berturut, pelbagai tohmahan yang dilemparkan tetapi saya tidak boleh menyalahkan netizen kerana tidak mengetahui hujung pangkal cerita.
“Nak kecam saya, kecamlah tetapi jangan sampai libatkan anak-anak saya dala hal ini. Anda menghukum tanpa asas yang kukuh dan anak-anak saya juga mempunyai emosi dan perasaan,” katanya.
Wanita berusi 49 tahun itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Ruang Udara Suria bertempat di Menara Star pada Jumaat lalu.
Kontroversi yang tidak terjangka itu secara tidak langsung memadamkan rekod baik serta menjatuhkan kredibiliti DJ Lin selama 25 tahun dibina.
Tambahan pula, bekas pemenang Penyampai Radio terbaik tiga tahun berturut-turut itu menganggap perkara tersebut adalah ujian bagi lebih mematangkan dirinya lagi.
“Saya terima dan saya reda dengan ujian ini jika ianya boleh meningkatkankan kesabaran saya.
“Saya juga baru sahaja berhijrah (bertudung) pada bulan Mac tahun lalu. Jadi saya juga masih belajar untuk menguatkan emosi dan lebih menerima dengan perkara yang telah berlaku.
“Saya berharap untuk terus kuat demi anak-anak buah Suria FM seramai 50 orang. Saya kena tunjukkan yang saya kuat, begitu juga kepada kedua-dua anak saya sendiri,”
“Walau apa pun dugaan saya akan tempuhinya, sebab saya tidak lakukan kesalahan itu dan berharap ada kemanisan buat saya pada masa akan datang,” katanya lagi, memetik laporan, Sinar Harian.
Sebelum ini, DJ Lin menerima kecaman berunsur fitnah lantaran penyebaran video tular memaparkan Tyzo berterima kasih ke atas penganiayaan terhadap dirinya kerana kontraknya tidak disambung di Suria FM.
Baca juga: