NAMA yang sering dikaitkan dengan topik sensasi, pelakon dan penyanyi Ifa Raziah atau nama penuh Saripah Raziah Mustapha, 49, sudah lali menerima kritikan masyarakat terhadap dirinya.
Ifa Raziah yang ditemui ketika Pelancaran Sidang Media Konsert Malam Amal baru-baru ini menyatakan bahawa sebagai selebriti yang sering dikaitkan dengan isu ‘panas’ dan menjadi bualan orang ramai, bukan bermaksud dia tidak mempunyai hati dan perasaan.
Teruskan Membaca“Bohonglah kalau saya tidak pernah koyak (terasa) dengan kecaman yang saya dapat. Tapi saya memilih untuk tidak mengambilnya sebagai sesuatu perkara yang serius sehingga boleh jatuhkan saya.
“Kadang-kadang perkara yang kita buat, orang kecam kita sampai kita jatuh. Itu yang mereka nak lihat sebenarnya, tapi kita manusia ada emosi perasaan. Boleh bersedih, tapi lepastu kena bangkit semula dan buktikan kita boleh teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada KL VIRAL.
Dalam masa yang sama, Ifa turut berkongsi tentang lagu baru berjudul Kena Kecam Pun Tak Kisah, hasil gandingan bersama penyanyi Baby Shima dan Datuk Norman Abdul Halim.
“Gandingan bersama Shima ini satu kebetulan sahaja. Perbincangan bermula dengan Shima ajak saya untuk buat lagu duet, saya pun dah lama tiada lagu baru tetapi secara terbuka menerima pelawaan tersebut.
“Rezeki itu Allah dah susun, dalam perbincangan secara dalam telefon bersama Shima, saya dapat panggilan daripada Datuk Norman KRU untuk buatkan lagu duet kami. Saya pun terus setuju dengan tawaran tersebut,” katanya lagi sambil tersenyum.
Menariknya, walaupun Ifa dan Shima mempunyai dua generasi yang berbeza, ia tidak menjadi penghalang mereka dalam menghasilkan lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah yang telah dilancarkan pada Isnin lalu.
Untuk info, Ifa Raziah terlibat dalam barisan artis lagenda yang akan membuat persembahan di Konsert Malam Amal bersama Datuk Hattan, Man Keedal, Noraniza Idris dan ramai lagi pada 3 Mac depan bertempat di Hotel Whyndam Klang, Selangor. — KL VIRAL
Baca juga: