PELAKON Maya Karin mengakui sudah dua tahun menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang juga kacukan Perancis.
Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 45, mengatakan hubungan mereka berada dalam fasa baik, namun disebabkan kesibukan kerja membuatkan kedua-duanya saling jarang bertemu dengan jejaka berusia awal 40-an itu.
Teruskan Membaca“Hubungan itu masih berterusan. Tetapi, kadang-kadang saya tidak jumpa dia dalam tempoh lama seperti tiga minggu. Dia sibuk dan banyak melancong di Asia Tenggara.
“Saya cuba jadi realistik. Sekarang saya fikir sedang ubah suai rumah dan mempromosikan filem serta menjalankan penggambaran. Saya sudah beritahu dia kita tidak akan berjumpa untuk tempoh enam minggu.
“Namun, dia cakap mungkin dia boleh datang ke set penggambaran lihat saya bekerja. Dia suka tengok saya kerja,” katanya memetik Berita Harian.
Tambahnya, dia menjangka hubungan tersebut tidak bertahan lama dan hanya berlangsung sekitar beberapa bulan, namun perkara sebaliknya berlaku.
“Sebenarnya, jangkaan saya hanya dua tiga bulan kemudian reda atau pasrah. Sudah tentu ada pasang surutnya. Kalau dahulu, banyak surutnya. Tetapi sekarang kami saling memahami. Jadi, lebih banyak baiknya disebabkan itu lebih mudah,” katanya.
“Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Dahulu saya sangat gembira berkahwin dan nikmati momen bersama insan baik. Cuma, saya percaya dengan ketentuan Allah, saya berserah. Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berkahwin kembali,” katanya.
Untuk rekod, Maya sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Ali Abdullah namun, hubungan mereka bertahan dua tahun apabila bercerai pada 16 Julai 2010.
Baca juga: