Penyanyi dan pengacara Sissy Iman berkongsi rasa syukur apabila doa yang dipanjatkannya pada Hari Arafah tahun lalu akhirnya dimakbulkan.
Menurut Sissy, ketika itu dia sebenarnya masih belum mempunyai teman lelaki, namun tetap berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik serta hubungan yang membawa ke arah lebih serius.
Teruskan MembacaTidak menyangka doanya diperkenankan, Sissy berkata kini dia sedang melalui fasa bahagia bersama insan istimewa dalam hidupnya.

Tambahnya lagi, Hari Arafah menjadi salah satu momen paling dekat di hatinya kerana percaya doa yang dipohon pada hari tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Perkongsiannya itu turut menarik perhatian ramai peminat yang tumpang gembira melihat kebahagiaan yang sedang dinikmati penyanyi berkenaan.
Malah ada juga netizen yang menganggap kisah Sissy itu sebagai bukti bahawa setiap doa yang dipanjatkan dengan ikhlas pasti akan menemukan jalannya pada waktu yang tepat.
Sissy bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu berkongsi secara terperinci mengenai hubungan cintanya dan lebih selesa menjaga privasi kehidupan peribadi.
















