PENYANYI Sarah Suhairi mengejutkan peminat hiburan tanah air selepas mengumumkan perkahwinannya pada Jumaat.
Sarah, 24, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang pensyarah, Aswad Anuar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahannya yang diadakan di sebuah premis acara di Barern Hill,kira-kira pada pukul 8.29 pagi tadi.
Teruskan MembacaDengan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 dan nilai jumlah hantaran dirahsiakan, pasangan mempelai itu diijabkabulkan oleh bapa sarah, Suhairi Hamdan di hadapan juru nikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan media dan selebriti kepada pasangan mempelai itu,
Rata-rata meluahkan perasaan terkejut mereka atas pernikahan penyanyi bersuara lunak itu yang tidak pernah berkongsi kisah cintanya kepada umum.
Namun, beliau mengakui sudah bertunang pada 27 Januari tahun ini.
Sarah dan pasangannya, Aswad dilaporkan mula mengenali hati budi masing-masing selepas mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.
Baca juga: