Yuna sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan apabila menjadi artis Malaysia pertama yang berjaya meraih 1 bilion penstriman di platform Spotify.
Perkara itu mula menjadi perhatian ramai selepas satu perkongsian tular di Threads memaparkan senarai artis Malaysia dengan jumlah penstriman tertinggi di Spotify, dengan Yuna berada di kedudukan teratas jauh meninggalkan artis lain.
Teruskan MembacaDifahamkan, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu kini memiliki lebih 3.7 juta pendengar bulanan selain ratusan ribu pengikut di platform penstriman berkenaan. Lagu-lagu Yuna juga dilaporkan mendapat sambutan meluas dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Brazil.
Kejayaan tersebut membuatkan ramai netizen meluahkan rasa bangga melihat pencapaian Yuna yang disifatkan berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi karya muziknya.
Rata-rata turut menganggap pencapaian itu sebagai bukti bahawa anak seni tempatan juga mampu menempa nama besar di pentas dunia dengan identiti dan gaya tersendiri. Tahniah Yuna! We are so proud of you!
















