PENYANYI Shila Amzah mengesahkan putera sulungnya, Seth Uwais, 5, menghidap penyakit autisme tahap 1 menerusi satu rakaman video di Instagramnya.
Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, perkara itu sudah dijangka oleh dirinya dan suami Ubai MZ.
Teruskan Membaca“Saya bersama suami dan Seth baru sahaja pulang dari hospital. Seth didapati autisme tahap 1. Alhamdulillah saya dapat mengetahui perkara tersebut lebih awal.
“Sebelum ini, saya dan suami ada merasakan bahawa Seth kemungkinan mempunyai Autisme atau ADHD (Kecelaruan Hiperakti Kurang Daya Tumpuan).
“Ketika ini, anak saya berada di tahap satu dan sedang menjalani rawatan terapi dan doktor juga ada menyaran agar Seth melalui sesi rawatan terapi dan dalam masa yang sama saya harus mencari sekolah yang menerima pelajar autisme,” jelas shila.
Shila turut berkongsi sudah mempelajari langkah yang boleh diambil dalam membesarkan anaknya itu dan dalam masa yang sama memohon orang ramai untuk memberikan doa dan dorongan kepada dia dan suami dalam membentuk seth dengan baik.
Terdahulu, Shila pernah berkongsi mengenai anaknya yang mengalami masalah bertutur dimana anaknya dilihat lewat untuk bertutur dan turut mengalami masalah deria yang menganggu perkembangannya.
Sekadar info, Seth merupakan anak pertama Shila menerusi perkahwinan bersama bekas suaminya Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022 sebelum berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Baca juga: