SEBANYAK 23 kenderaan telah disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam satu operasi kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk membuat perkhidmatan kereta sapu sekitar Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, tindakan yang dibuat berdasarkan Operasi Pengarah (Kenderaan Perkhidmatan Awam) bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Teruskan MembacaMenurutnya, empat lokasi yang menjadi tumpuan antaranya pusat beli-belah KL East, Setapak Central, Wangsa Walk dan sekitar Taman Melati.
Pada waktu kejadian, didapati 23 pemandu telah ditahan dan antaranya Bangladesh (5), Indonesi (4) dan masing-masing seorang warga Afghanistan, Somalia, Mesir dan Yaman serta 10 warga tempatan.
“Sebanyak 112 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Terutamanya berikatan lesen memandu membabitkan 22 kes, cermin gelap tidak mengikut undang-undang JPJ (21 kes) dan salah guna lesen kenderaan motor (64 kes).
“JPJ dapat mengesan taktik yang diguna pakai bagi pemandu kereta sapu, menyediakan tambang murah sebagai kereta sapu di aplikasi Whatsapp dan Telegram,” katanya.
Zaki Ismail turut memberitahu, pemandu-pemandu kereta sapu terutama sekali warga asing menumpukan khidmat kereta sapu itu terhadap pelajar yang menuntut di universiti awam atau kolej swasta.
Justeru, untuk mendapatkan duit sampingan, pemandu yang masih bergelar pelajar juga turut membuat perkhidmatan yang sama. — KL VIRAL
Baca juga: