PERMUKIMAN yang dibincangkan buat kali kedua melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan menumpukan pencarian ikhtiar bagi melonjakkan ekonomi negara.
Penelitian akan dibuat oleh Anwar selaku Menteri Kewangan, perilah pelaksanaan dasar-dasar yang dilancarkan kerajaan sepanjang tahun lepas.
Teruskan Membaca“Kita akan memastikan ikhtiar pelaksanaan lain yang boleh membawa kita lebih maju ke hadapan dengan langkah-langkah spesifik yang diperlukan.
“Kita sudah ada inisiatif dari segi peralihan tenaga (Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara), transformasi digital, pelaburan yang tetap dan kita perlu cari usaha baru untuk tingkatkan kekuatan negara,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran Program AI untuk rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selasa lalu.
Sementara itu, menurut Anwar, bagi memastikan tiada negeri yang tercicir dalam usaha menoktahkan kes miskin tegar, perkara tersebut perlu diberikan sepenuh tumpuan oleh yang berkitan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sesi pemukiman Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan diadakan selama dua hari di Cyberjaya bermula pada Rabu.
Sebelum ini, sesi pemukiman pertama telah berlangsung pada bulan Januari tahun lepas membincangkan tentang hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kemnterian dalam Kerajaan Perpaduan.
Baca juga: