PENYANYI tersohor, Nurshahila Amir Amzah, 33, selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Rhea Akira pada 9 Mei 2024.
Suami kepada Shila Amzah, Ubaidillah Zulkefli memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran Instagram miliknya yang menyatakan beliau berasa sebak melihat isteri tercinta bertarung nyawa demi melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Teruskan MembacaDalam pada itu, perkara tersebut merupakan pertama kali Ubai melaungkan azan kepada anaknya selepas mendirikan keluarga bersama Shila pada 3 Ogos tahun lepas.
Shila turut berkongsi pengalaman melahirkan puterinya ini, beliau menyatakan terpaksa bersalin dalam kaedah pembedahan susulan tali pusat bayinya berbelit di bahagian muka dan perkara ini tidak dapat dikesan pada awal imbasan.
Justeru itu, Rhea Akira merupakan anak kedua Shila Amzah yang bersalin dalam kaedah pembedahan.
Sebelum ini, anak pertamanya, Seth Uwais hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan bekas suami turut melalui kaedah yang sama.
Baca juga: