Terkini

Dhania peserta terbaik Bintang RTM 2024

PROGRAM realiti nyanyian, Bintang RTM tahun ini telah sampai ke saingan Peringkat Suku Akhir Kedua, mengumumkan tiada penyingkiran yang berlaku.

Program yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa pada Sabtu lalu, memaparkan Dayang Irsyadhania atau Dhania, 15, telah mengutip markah keseluruhan tertinggi sebanyak 76.6 peratus daripada barisan juri rofesional.

Lagu Loyal Brave True oleh Christina Aguilera itu membawa tuah buat Dhania sekali gus menjadikannya peserta terbaik pada minggu tersebut.

Seramai empat belas peserta telah dinilai oleh juri profesional iaitu LY, Datuk Syafinaz Selamat, Raja Sham dari Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM serta juri undangan, Datin Alyah.

Saingan minggu ini, mereka bakal mempersembahkan lagu pilihan masing-masing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Berikut senarai lagu-lagu tugasan peringkat Suku Akhir Ketiga Bintang RTM 2024:

  1. Akmar Natasha – Samar Bayangan (Nicky Astria)
  2. Feka – Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin)
  3. Azumi – Ratuku (Dato’ Awie)
  4. Zizi Safira – Kejoraku Bersatu (Search)
  5. Scha Nuril – Isabella (Search)
  6. Hady Huv – Sampai Syurga (Faizal Tahir)
  7. Harris – Bayangan Gurauan (Mega)
  8. Shah Rezza – Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)
  9. Roxy Ixzy – Kamelia (Sweet Charity)
  10. Jon – Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
  11. Dhania – House of The Rising Sun (The Animals)
  12. Joy – Potret (Akim & The Majistret)
  13. Eylia Guntabid – Opera Hidup (Wings)
  14. Noy – What’s Up (4 Non Blondes)

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top