JAMINAN bonus diberikan untuk kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditingkatkan.
Menurut Anwar, sebagai penghargaan bagi pencapaian jabatan itu yang mengutip lebih RM55.1 bilion hasil cukai untuk tahun lalu.
Teruskan MembacaSelain itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan bagi penambahbaikan perumahan kakitangan JKDM sebanyak RM50 juta.
“Keyakinan saya beri jaminan bonus pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
“Peruntukan awal RM20 juta itu kita tambah untuk kastam sahaja kepada RM50 juta, selain kita umumkan supaya perumahan kita itu diperbaiki dan tak uzur dan daif, juga usaha untuk membina projek perumahan baharu,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kastam sedunia peringkat JKDM baru-baru ini. Oleh itu, Anwar memperingatkan kepada semua supaya tidak culas membayar cukai kepada negara.
Selaku Menteri Kewangan juga, Anwar turut tidak terkecuali daripada membayar cukai yang dikenakan JKDM daerah Klang bernilai RM500.
Baca juga: