MENJELANG peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), banyak individu yang tampil memberi pandangan tentang sama ada menduduki SPM mampu memberi impak besar atau menjadi penentu ke atas masa depan seseorang.
Begitu juga dengan pendapat yang dikongsikan oleh pempengaruh media sosial yang menarik perhatian ramai apabila perkongsiannya mempertikaikan tahap pendidikan awal sekolah rendah dan menengah tular.
Teruskan MembacaIndividu tular di media sosial itu mengatakan SPM tidak penting dan tahap pendidikan sekolah dilihat tidak membantu segelintir pelajar dalam kehidupan atau bagi pelajar yang tidak minat untuk belajar.
Tular satu video berdurasi 1 minit 3 saat di aplikasi X, seorang pempengaruh, Yousaf Iqbal meluahkan pendapat tentang pendidikan sekolah yang diterima dahulu tidak membantu dalam kehidupannya sebagai seorang suami.
“Apabila saya lihat semula ketika saya belajar dulu, waktu SPM semua tu memang semata-mata kosong je.
“Nilai yang sebenar-benarnya adalah ilmu Allah SWT itu sendiri. Tak tahu macam mana nak jelaskan. Sebagai suami, malu untuk tidak mengetahui hal-hal penting bagi menjawab persoalan isteri berkenaan hal rumahtangga,” katanya.
Dalam pada itu, perkongsian pendapat oleh Yousaf tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen.
“Orang lain boleh je hidup pakai ilmu yang belajar di sekolah. Apa maksud dia ilmu Allah? Semua ilmu dalam dunia ni adalah ilmu Allah,” kata Khairul.
“Kalau kau kritik sistem pendidikan, mungkin aku sokong. Tapi untuk cakap sekolah tiada nilai dan kosong, maksudnya kau sombong. Itu masalah kau sebenarnya. Islam itu memudahkan dan seimbang, dia tak pernah dengar Fardu Ain dan Fardu Kifayah?,” kata Harith.
“Bila orang tak sekolah berkata-kata, tengok boleh percaya jangan. Nak amik orang bekerja pun kita akan tengok kelayakan pendidikan dia,” kata Zafran.
Pelbagai jenis kritikan yang diberikan oleh netizen kerana tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Yousaf berkenaan nilai dan tahap pendidikan seseorang itu.
Secara keseluruhan, pendapat yang dikongsikan tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan perkara tersebut dianggap sebagai ‘tin kosong’ dan membuang masa.
Negara amat menitikberatkan soal pendidikan negara agar boleh melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan tinggi pada masa hadapan. — KL VIRAL
Baca juga: